|
Tatarstan nobat Ratu MuslimMOSCOW: Apabila disebut ratu cantik, pasti ramai terbayangkan liuk lentuk gadis berbaju mandi yang seksi, tetapi itu bukanlah ciri utama kemenangan ‘Miss Muslim’ atau Ratu Muslim di Tatarstan - sebuah negara di sebelah timur Eropah.
Sebaliknya, pertandingan ratu cantik itu menekankan kecerdikan, peri laku sopan, bertudung, pengetahuan agama Islam, kebolehan mengaji al-Quran, memasak dan menjahit di kalangan 56 peserta semuda 15 tahun yang menyaksikan Dilar Sadiqova (gambar), 17, muncul pemenang.“Saya memutuskan menyertai pertandingan ini bagi menyampaikan pesanan wanita Islam juga mampu berdiri, biarpun di landasan pertandingan ratu cantik asalkan ia bermoral dan dihormati. “Sehubungan itu, mereka yang bukan Islam boleh mendapat gambaran sebenar agama suci Islam ini,” kata pelajar sekolah menengah yang berhasrat menjadi guru, kepada media, selepas kemenangannya, kelmarin. Lebih menarik, majlis itu diadakan di dewan khas Masjid Besar di Kazan, ibu negara Tatarstan dengan kesemua penontonnya adalah wanita. Cendekiawan Muslim sebelum ini ada menggesa negara Islam menganjurkan pertandingan ‘Miss Morality’ bagi mematahkan minat umat Islam terhadap pertandingan ratu cantik ala Barat Penganjur berkata, pertandingan itu tidak menetapkan pemakaian baju mandi seperti lazimnya, sebaliknya berpakaian sopan dan bertudung. Malah, kecerdikan dan pengetahuan mendalam agama Islam adalah syarat utama pertandingan Ratu Cantik Muslim di Tatarstan yang mana 60 peratus daripada empat juta penduduknya, beragama Islam. Ini termasuk ujian hafalan dan mengaji ayat suci al-Quran selain menjawab soalan mengenai kebudayaan. Peserta turut menduduki ujian memasak dan menjahit bagi mendapatkan markah tambahan. Hanya lapan gadis berusia 15 hingga 19 tahun berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan sukar itu. Ketua juri, Saida Abukofa berkata, pertandingan itu bertujuan menggalakkan lebih ramai gadis Muslim mengikuti ajaran sebenar Islam, termasuk mengenakan tudung. – (Sumber: Berita Harian online) |
| azizaffa May 8, 2006 09:31 AM PDT alhamdulillah... barada amruna wa shalaha. Download your prize at... i- Orang Yang Menghendaki Dunia Tidak Akan Memberi Nasihat Kepadamu [*Ini kamu faham] dan .... **Orang Yang Menghendaki Akhirat Tidak Akan Menyertaimu **Note: Rasulullah Nabi Muhammad saw bersabda : "Wahai Ali apakah engkau menginginkan 600 ribu kambing, 600 ribu dinar atau 600 ribu kalimat ? Lalu, Imam Ali as menjawab : “Wahai Rasulullah saw aku menginginkan 600 ribu kalimat.” Lalu, Rasulullah saw bersabda : “Wahai Ali! Aku akan meringkas 600 ribu kalimat itu dalam enam kalimat. 1. Jika engkau melihat manusia berlomba-lomba mengerjakan yang bukan kewajiban mereka, maka sibukkanlah dirimu dengan menyempurnakan kewajibanmu. 2. Jika engkau melihat manusia berlomba-lomba dalam urusan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan urusan akhirat. 3. Apabila manusia sibuk mengurusi aib (cela) orang lain, maka uruslah aibmu sendiri. 4. Jika manusia saling memperindah dunianya, maka hiasilah akhiratmu. 5. Dan jika engkau melihat manusia sibuk dengan memperbanyak amal, maka beramallah yang ikhlas. 6. Dan ketika engkau melihat manusia menjadikan makhluk sebagai perantaranya, maka jadikanlah Allah sebagai perantaramu.” ii- Hikmah Tidak Akan Berpengaruh Terhadap Kalbu Yang Merosak. --> Rasulullah Nabi Muhammad saw, sabdanya: "Tiada seorang yang mengikhlaskan amal perbuatannya (semata-mata karena Allah) selama empat puluh hari, kecuali akan memancar sumber hikmah dari lisannya sebagai luapan dari apa yang terkandung dalam hatinya." iii- Cuba kamu perhatikan 2 fakta ini apa kaitannya....? *a) "Pada hari kiamat seorang hamba tidak akan bergeser kedua kakinya hingga ditanyai tentang empat perkara : 1. Tentang umurnya untuk apa dihabiskan. 2. Tentang masa mudanya dengan apa ia lalai. 3. Tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana diinfakkan. 4. Tentang kecintaannya kepada kami (Ahlul Bait)." (Rujuklah al-Qur'an tentang ayat yang bermaksud kecintaan terhadap keluarga Baginda. Ketahuilah, apakah kebenaran yang telah terjadi tentang keluarga Baginda jika kamu mahu menelaah sejarah hidup keluarganya setelah Baginda kembali menghadap Ilahi. Peristiwa Karbala terdapat hakikatnya. Tahukah kamu tentang mereka yang telah berlaku zalim kepada keluarga Baginda sehingga kesan dan akibatnya telah terlihat sehingga kini terhadap ISLAM. Tapi sesungguhnya, ISLAM tetap utuh kerana ALLAH azza wa jalla memeliharanya. Yang telah runtuh dan binasa adalah manusia yang telah lalai terhadap agama iaitu mengambil kulit dari isinya. ISLAM hanya dilidah sahaja. Yang dikatakan sebaik-baik agama itu adalah ISLAM. Bila ada yang menghina ISLAM tidaklah saya bimbangkan sebab itu umpama mereka menghina diri sendiri. ISLAM itu nikmat dari-NYA. Maka, bila menghina ISLAM sesungguhnya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri.) "Setiap Orang Yang Telah Dewasa Pasti Ada Kaitannya Dengan al-Qur'an Yang Diturunkan ALLAH azza wa jalla." *note: [Pesanan Rasulullah Nabi Muhammad saw] *b) "Wahai Abu dzar! Raih dan manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara lainnya: 1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu. 2. Masa sehatmu sebelum sakit menimpamu. 3. Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu. 4. Masa senggangmu sebelum datang sibukmu. 5. Dan masa hidupmu sebelum maut merenggutmu. SALAMUN; salam kasih sayang.... | ||
| Leave a Comment: |