MeMoIr MuSaFiR
MeMoIr SeOrAnG MuSaFiR

alinmalek
Aku hanya seorang insan yang menumpang di bumi Tuhan.. musafirku pasti ada perhentiannya, namun di mana pengakhirannya?Tuhan.. bantulah hambaMu ini...



**"Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya.."
**

SUDAHKAH ANDA MENGERJAKAN SOLAT?
SENDRIK MAU INGAT MAA...


BiOdAtA DiRi



Nama Betul?:
Rahsialah...

Umur Berapa?:
25thn(masih muda lagi..heheh)

Status?:
Dah kawin dah...

Asal mana?:
Orang Batu Pahat,Johor

Suka Makan Apa?:
Apa2 saja...(yg penting halal tau!!).

Kerja apa?:
Juruteknologi Makmal Perubatan U29 di USM Kubang Kerian, Kelantan.

Cita2 Apa?:
Macam2 nak jadi cuma tak terfikir nak kerja mcm sekarang..:-)

Berapa Org. Anak?:
Dah 2 dah..

Apa Prinsip Hidup?:
Islam is my way of life





RuAnG iNtErAkSi

   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


RuAnGaN hAdIs


Petikan Hadis Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnya:

"Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi."
(Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah)

"Apabila amanat dipersia-siakan maka tunggulah saat kebinasaan , tanya perawi hadis ini "Ya Rasulullah, bagaimana dipersia-siakan amanah itu? Jawab Baginda, apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya"
(Riwayat Bukhari)

Dua Petanda Buruk:
"Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu"

Dari Uthman bin Affan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Orang yang paling baik diantara kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
(Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain)

Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Orang yang membaca Al-Quran dan dia menghafal dalam membacanya, dia akan bersama para malaikat yang menjadi utusan, lagi mulia dan suci. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran tetapi merasakan kesulitan dan kepayahan dalam membacanya, dia akan mendapat dua pahala."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Dawud, ad-Darimi)

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran maka dia akan mendapat pahala satu amal kebajikan dan pahala satu amal kebajikan digandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
(Riwayat Tirmizi dan ad-Darimi)





BlOg KeNgKaWaN


Novel online
Ustaz Amal 1
Ustaz Amal 2
mijiemojo.blogspot
Naim USMKKj
teman
mardiana UIA
Salafian
irda82
aniisa_tasnim
onelife
sahabat_amin
ct fatimah saidin



My FaVoUrItE sItE


photobucket.com



wanitakini.net

pakdi.com


MeMoIr SeOrAnG MuSaFiR

Seorang musafir itu..
Masih mencari identitinya
Walau dalam kesamaran
Demi memperhambakan diri pada tuhan

Seorang Musafir itu..
Hidupnya penuh kepayahan
Namun..perjuangan tetap diteruskan
Penat.. Lelah..
Menjadi 'asam garam' kehidupannya

Seorang Musafir itu..
Ketakwaan menjadi prinsip
Walau badai datang melanda

Seorang Musafir itu
Hatinya tetap kukuh
Umpama sebuah benteng
Kerna dia percaya...
Kebahagiaan pasti hadir
Bagi mereka yang benar-benar bersabar

DAN...
Itulah jua janji tuhan
Pada setiap hambaNya
Yang beriman dan bersabar




**Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart.**

**To handle yourself, use your head.**

**To handle others, use your heart.**

**God Gives every bird it's food, but He does not throw it into its nest.**















JoM rElAkS

Lawak 1:Ayat yg paling baik.

Masa rehat disekolah.. dua murid lelaki sedang berbual berkaitan pelajaran Bahasa melayu...

"Mana ayat yang paling baik ? .. 'Arjuna, apa kabar?' atau 'Apa kabar, Arjuna?' " tanya murid pertama.

"Apa kabar, Arjuna?" kata murid kedua.

Murid pertama menjawab, "Kabar baik, Mohammad"


Lawak 2:Cerita Sedih

SUAMI : Kenapa sayang menangis?
ISTERI : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang...
SUAMI : Buku apa?
ISTERI : Buku bank abanglah....


Lawak 3:Cuti Sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah: Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu: Ya, saya.
Salmah: Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu: Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, September 18, 2007
TAZKIRAH: Fikirlah...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin)di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Posted at 9/18/2007 3:54:34 am by alin_nil
komen (1)  

Monday, September 17, 2007
TAZKIRAH RAMADHAN: I'm On Leave - for 1 Month

Friend........
Selamat tinggal kengkawan...jangan sedih..aku cuti sebulan jer...
sepeninggalan aku pandai-pandailah bawak diri ..ikutlah nafsu seperti yang aku tarbiyah selama ni.

Pesanan aku : Selamat meyambut Ramadhan...makanlah banyak-banyak bila berbuka, rokok jangan tinggal, mengumpatlah banyak-banyak nanti mulut tak de kerja pulak, janganlah banyak baca Quran & berzikir dan sembahyang tarawih nanti jadi orang alim susah nak berkawan dengan aku balik...lain-lain hal sendiri mahu ingat.

Jumpa lagi di bulan Syawal..
Hii..hi....hi..
  


Posted at 9/17/2007 4:51:31 am by alin_nil
komen (1)  

Tuesday, March 20, 2007
BAU BUNGA ROS KUATKAN INGATAN



ANDA yang mudah lupa kini
boleh mengamalkan satu cara mudah untuk menguatkan ingatan.Menurut para penyelidik Jerman, mencium bau-bauan yang kuat, seperti bau bunga mawar, boleh menyegarkan semula daya ingatan mereka yang mudah lupa.

Para penyelidik itu mendapati bau-bauan boleh merangsang ingatan baru dalam otak manusia semasa mereka tidur.Laporan penyelidik itu, yang dimuatkan dalam jurnal Science, menarik perhatian bahawa ingatan manusia mula terbentuk dengan lebih teratur semasa tidur dan unsur rangsangan yang diterima didapati boleh menyegarkan semula laluan ingatan otak. Dr Jan Born dari Universiti Lubeck di Jerman dan rakan-rakannya mendapatkan 74 sukarelawan untuk ujian ini. Mereka disuruh bermain permainan seperti Concentration, yang memerlukan mereka memandankan objek atau kad dengan menterbalikkan satu objek atau kad sekali saja dalam sesuatu masa.

Selepas satu malam, mereka yang menghidu bau mawar didapati boleh mengingati 97.2 peratus padanan kad dan objek yang mereka cuba ingati sebelum tidur. - Reuters.

Posted at 3/20/2007 2:55:26 am by alin_nil
komen (1)  

Friday, July 28, 2006
Bulan Rejab

Selamat Menyambut Bulan Rejab 1427H Pengertian Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rejab Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. 1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya. 2. Isra' dan Mi'raj Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut. Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan) 3. Perang Tabuk Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran 4. Pembebasan Baitul-Muqaddis Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 5. Lahirnya Imam Syafie RH. Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm. Amalan-amalan Di Bulan Rejab Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu. Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah. Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter). Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Posted at 7/28/2006 9:06:12 am by alin_nil
Sila Komen  

Monday, January 23, 2006
BERITA: Miss Muslim/ Ratu Muslim

Tatarstan nobat Ratu Muslim

MOSCOW: Apabila disebut ratu cantik, pasti ramai terbayangkan liuk lentuk gadis berbaju mandi yang seksi, tetapi itu bukanlah ciri utama kemenangan ‘Miss Muslim’ atau Ratu Muslim di Tatarstan - sebuah negara di sebelah timur Eropah.
 

Sebaliknya, pertandingan ratu cantik itu menekankan kecerdikan, peri laku sopan, bertudung, pengetahuan agama Islam, kebolehan mengaji al-Quran, memasak dan menjahit di kalangan 56 peserta semuda 15 tahun yang menyaksikan Dilar Sadiqova (gambar), 17, muncul pemenang.

“Saya memutuskan menyertai pertandingan ini bagi menyampaikan pesanan wanita Islam juga mampu berdiri, biarpun di landasan pertandingan ratu cantik asalkan ia bermoral dan dihormati.

“Sehubungan itu, mereka yang bukan Islam boleh mendapat gambaran sebenar agama suci Islam ini,” kata pelajar sekolah menengah yang berhasrat menjadi guru, kepada media, selepas kemenangannya, kelmarin.

Lebih menarik, majlis itu diadakan di dewan khas Masjid Besar di Kazan, ibu negara Tatarstan dengan kesemua penontonnya adalah wanita.

Cendekiawan Muslim sebelum ini ada menggesa negara Islam menganjurkan pertandingan ‘Miss Morality’ bagi mematahkan minat umat Islam terhadap pertandingan ratu cantik ala Barat

Penganjur berkata, pertandingan itu tidak menetapkan pemakaian baju mandi seperti lazimnya, sebaliknya berpakaian sopan dan bertudung.

Malah, kecerdikan dan pengetahuan mendalam agama Islam adalah syarat utama pertandingan Ratu Cantik Muslim di Tatarstan yang mana 60 peratus daripada empat juta penduduknya, beragama Islam.

Ini termasuk ujian hafalan dan mengaji ayat suci al-Quran selain menjawab soalan mengenai kebudayaan.

Peserta turut menduduki ujian memasak dan menjahit bagi mendapatkan markah tambahan.

Hanya lapan gadis berusia 15 hingga 19 tahun berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan sukar itu.

Ketua juri, Saida Abukofa berkata, pertandingan itu bertujuan menggalakkan lebih ramai gadis Muslim mengikuti ajaran sebenar Islam, termasuk mengenakan tudung. – (Sumber: Berita Harian online)

hah..! kan bagus andainya Malaysia yang mengaku sebagai sebuah negara Islam buat pertandingan macam ni. Siap ada pertandingan memasak sekali.. bukannya sekadar menayangkan tubuh badan. Ini tidak.. seorang artis yg pernah dinobatkan sebagai ratu cantik tu pada suatu masa dulu hanya pandai masak mee maggie je.. isk..isk.. alahai...

Posted at 1/23/2006 4:55:09 am by alin_nil
komen (1)  

Tuesday, November 29, 2005
Erti "CINTA,KASIH, SAYANG & HATI" selepas berkahwin.

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)  
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan 
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang 
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.  
 
 
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat  
A-Akad dilafaz cinta berbunga 
S-Suami disanjung-tinggi  
I-Isteri disayangi  
H-Harumlah kasih sepanjang zaman  
 
 
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami  
A-Ada masalah, dibincangkan bersama  
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul  
A-Amalkan hidup bertoleransi  
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama  
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa  
 
 
H-Hati suami mesti dijaga  
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh  
T-Tanggung-jawab dipikul bersama  
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti  

Posted at 11/29/2005 1:57:36 am by alin_nil
komens (4)  

Tuesday, November 22, 2005
TAZKIRAH: Make-up Muslimah

YA ALLAH, SUCIKANLAH HATIKU DARIPADA KEMUNAFIKAN DAN SUCIKANLAH AMALKU DARIPADA RIYA'.SUCIKANLAH LIDAHKU DARIPADA BERDUSTA DAN MATAKU DARIPADA KHIANAT KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI(PANDANGAN) MATA YANG KHIANAT DAN APA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH HATI.

 

Ingin jadi lebih cantik dan menarik ?

 

 

Jadikanlah Ghadhul Bashar ( menundukkan pandangan ) sebagai         

"hiasan mata" anda , niscaya akan semakin bening dan jernih

 

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda , niscaya akan

semakin manis

 

Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang diperbuat

dari rasa malu dari bahan iman

 

Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan        

kesalahan yang telah anda lakukan

 

Rawatlah rambut anda dengan "jilbab Islami" yang akan        

menghilangkan pandangan lelaki yang membahayakan

 

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang "tawadhuk" dan jari-jari    

anda dengan cincin "ukhwah"

 

Sebaik-baik kalung adalah kalung "kesucian"

 

Bedakilah wajah anda dengan "air wudhuk" , niscaya akan bercahaya    

di akhirat


Posted at 11/22/2005 2:21:58 am by alin_nil
Sila Komen  

Monday, October 31, 2005
PENGETAHUAN: Your Blood Group?

Did You Know? 
  

 

Blood type and Rh

How many people have it?

O +

40 %

O -

7 %

A +

34 %

A -

6 %

B +

8 %

B -

1 %

AB +

3 %

AB -

1 %


MOST IMPORTANT INFO NOW:
 
 

You Can Receive

If Your Type Is

O-

O+

B-

B+

A-

A+

AB-

AB+

AB+

YES

YES

YES

YES

YES

YES

YES

YES

AB-

YES

 

YES

 

YES

YES

 

 

A+

YES

YES

 

 

YES

YES

 

 

A-

YES

 

 

 

YES

 

 

 

B+

YES

YES

YES

YES

 

 

 

 

B-

YES

 

YES

 

 

 

 

 

O+

YES

YES

 

 

 

 

 

 

O-

YES

 

 

 

 

 

 

 

p/s: dah tahu blood group anda? kalau belum.. cepatlah pergi ke hospital atau mana2 tempat yg mengadakan program derma darah. Kalau ada kawan2 anda yg bekerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), boleh juga suruh mereka buatkan utk anda.. wassalam


Posted at 10/31/2005 6:55:46 am by alin_nil
Sila Komen  

Sunday, October 30, 2005
TAZKIRAH: Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Posted at 10/30/2005 2:36:23 am by alin_nil
komen (1)  

Tuesday, October 18, 2005
TAZKIRAH RAMADHAN: Mencari LailatulQadar

Kini hampir minggu terakhir Ramadan. Satu perkara yang sering diperkatakan dalam minggu terakhir Ramadan setiap tahun oleh umat Islam ialah mengenai malamal-Qadar yang sering disebut sebagai "Lailatul Qadar".Seperti mana yang dimaklumi, malam al-Qadar penuh keberkatan di sisi Allah SWT. Ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan dan disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-6
yang bermaksud, "Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar.Apakah yang dimaksudkan malam al-Qadar itu?

"Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Turunlah
malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar."


Pada umumnya sudah banyak diperjelaskan sama ada secara tulisan atau lisan (ceramah, forum, bengkel atau seminar) mengenai kelebihan, fadilat, sejarah
peristiwa dan gandaan pahala amalan ketika malam berkenaan. Namun, apa yang jelas daripada segala penerangan sama ada tulisan atau lisan, ternyata pada umumnya umat Islam tidak tahu bilakah tarikh atau masa yang tepat bagi memastikan malam al-Qadar.

Antara ketentuan yang diperakukan oleh ulama mengenai malam yang lebih baik
daripada 1,000 bulan itu kemungkinan jatuh pada tarikh berikut:

--> Pada malam 17 Ramadan; atau

--> Pada malam ganjil mulai dari 10 hari yang terakhir pada Ramadan.

Selain itu, banyak sekali hadis yang menyarankan umat Islam supaya mencari malam al-Qadar. Antara hadis yang dapat dikutip dalam kitab fikh yang memperkatakan suruhan atau amalan untuk 'menemui'malam al-Qadar menyebut:

i. Dalam Sunah, Abu Daud, Ibn Mas'ud menyatakan,"carilah malam al-Qadar pada malam 17 Ramadan...";

ii. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "carilah dengan sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam yang terakhir pada Ramadan";

iii. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar,Rasulullah menyebut, "Saya melihat mimpimu bersepakat menetapkan bahawa Lailatul Qadar pada tujuh malam terakhir. Maka sesiapa yang hendak mencari Lailatul Qadar, carilah pada malam tujuh yang terakhir";

iv. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Umar, Rasulullah bersabda, "Carilah
Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir, jika seseorang kamu mencari maka janganlah kamu kalah dalam mencari pada tujuh malam terakhir"; dan

v. Bagi al-Qurtubi, seorang ulama menyatakan bahawa,jumhur ulama berpendapat
bahawa Lailatul Qadar adalah pada malam 27 Ramadan.Ini berdasarkan Rasulullah SAW bersabda, malam al-Qadar adalah malam 27 Ramadan".

Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkan dengan jelas tarikh
Lailatul Qadar yang tepat. Apakah hikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenar Lailatul Qadar?

Menurut Prof Dr T M Hasbi Ash Shiddeqy dalam bukunya Pedoman Puasa, beberapa ulama sependapat bahawa tarikh berkenaan dirahsiakan supaya umat Islam benar-benar
beriman, bertaqwa dan ikhlas beribadat serta berusaha untuk mendapatkannya.

Selain itu, dalam konteks yang sama beberapa ulama Salaf memberi beberapa pandangan mengenai hikmah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan
dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya adalah:

- Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapa malam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;

- Allah menyembunyikan saat 'ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah) pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa sepanjang hari;

- Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;

- Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat,berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa dan beramal baik; dan

- Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepadaNya.

Semoga pada tahun ini, Allah akan memberikan kita kekuatan untuk melakukan ibadat dalam usaha kita menemui malam yang telah disebutkanNya sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Insya-Allah.

Posted at 10/18/2005 9:37:23 am by alin_nil
komens (4)  

Next Page