
**"Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya.."**
SENDRIK MAU INGAT MAA...
BiOdAtA DiRi
Nama Betul?:
Rahsialah...
Umur Berapa?:
25thn(masih muda lagi..heheh)
Status?:
Dah kawin dah...
Asal mana?:
Orang Batu Pahat,Johor
Suka Makan Apa?:
Apa2 saja...(yg penting halal tau!!).
Kerja apa?:
Juruteknologi Makmal Perubatan U29 di USM Kubang Kerian, Kelantan.
Cita2 Apa?:
Macam2 nak jadi cuma tak terfikir nak kerja mcm sekarang..:-)
Berapa Org. Anak?:
Dah 2 dah..
Apa Prinsip Hidup?:
Islam is my way of life RuAnG iNtErAkSi
RuAnGaN hAdIs
BlOg KeNgKaWaN Novel onlineUstaz Amal 1Ustaz Amal 2mijiemojo.blogspotNaim USMKKj
temanmardiana UIASalafianirda82aniisa_tasnimonelifesahabat_aminct fatimah saidin My FaVoUrItE sItE
photobucket.com
wanitakini.net
pakdi.com
MeMoIr SeOrAnG MuSaFiR Seorang musafir itu.. Masih mencari identitinya Walau dalam kesamaran Demi memperhambakan diri pada tuhan
Seorang Musafir itu.. Hidupnya penuh kepayahan Namun..perjuangan tetap diteruskan Penat.. Lelah.. Menjadi 'asam garam' kehidupannya
Seorang Musafir itu.. Ketakwaan menjadi prinsip Walau badai datang melanda
Seorang Musafir itu Hatinya tetap kukuh Umpama sebuah benteng Kerna dia percaya... Kebahagiaan pasti hadir Bagi mereka yang benar-benar bersabar
DAN... Itulah jua janji tuhan Pada setiap hambaNya Yang beriman dan bersabar **Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart.**
**To handle yourself, use your head.**
**To handle others, use your heart.**
**God Gives every bird it's food, but He does not throw it into its nest.**





 JoM rElAkS Lawak 1:Ayat yg paling baik.Masa rehat disekolah.. dua murid lelaki sedang berbual berkaitan pelajaran Bahasa melayu... "Mana ayat yang paling baik ? .. 'Arjuna, apa kabar?' atau 'Apa kabar, Arjuna?' " tanya murid pertama. "Apa kabar, Arjuna?" kata murid kedua. Murid pertama menjawab, "Kabar baik, Mohammad" Lawak 2:Cerita SedihSUAMI : Kenapa sayang menangis? ISTERI : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang... SUAMI : Buku apa? ISTERI : Buku bank abanglah.... Lawak 3:Cuti SakitSuatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya. Salmah: Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau? Cikgu: Ya, saya. Salmah: Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit. Cikgu: Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap? Salmah : Emak saya...

|
|
|
 |
|
Saturday, October 15, 2005
TAZKIRAH RAMADHAN: Bersahur
"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat."-HR Bukhari dan Muslim
Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan.
Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan
kepada mereka yang berpuasa.
Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur.
Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.
Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka?
Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur.
Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.
Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
--> Menuruti sunnah;
--> Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
--> Menambah kekuatan untuk beribadat;
--> Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
--> Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
--> Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar.
Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika
kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, "Sabda Rasulullah SAW:
Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalahkurma." -HR Ibnu Hibban &Baihaqi
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetapmengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
Selamat bersahur dan wassalam.
Moga ada manfaat
Posted at 10/15/2005 9:22:45 am by alin_nil
syukran
Friday, October 14, 2005
TAZKIRAH RAMADHAN: Matlamat Puasa
Taqwa.
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang
bertaqwa." - Surah Al Baqarah: 183
Erti Taqwa secara mudah ialah " menjunjung dan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi serta meninggalkan segala larangan Allah."
Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya,baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.
Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung perintah Allah dengan ikhlas.
"Katakanlah : "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman,bertaqwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." Surah az-Zumar: ayat 10
Jika manusia itu bertaqwa, kebaikan dan faedahnya adalah untuk manusia itu sendiri.
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki
dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap
sesuatu." - Surah At-Talaq: 2-3 (Masyhur dengan panggilan ayat seribu dinar).
Moga ada manfaat.
Posted at 10/14/2005 9:16:16 am by alin_nil
syukran
Thursday, September 29, 2005
TAZKIRAH: Bagai Nyawa Di Hujung Tanduk
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer.. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya ..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi..... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah...
Posted at 9/29/2005 1:27:11 am by alin_nil
syukran
Thursday, September 15, 2005
TAZKIRAH: Wanita @ Kaum Hawa
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja?"
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"Wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku,kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yangg paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata."
Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun... wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa'sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh."
Adik masih tidak puas hati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi.Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yang solehah di dunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri."Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya... pada akhlaknya.
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang perkataan solehah itu terasa berat di bahu mereka. Kadang mereka takut pada persepsi wara’ dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada peringkat yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. Bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini. Ditinggikan martabat golongan HAWA ini. Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai-pandailah dikau menilai... antara permata dan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti itu amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu sendiri merasa risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya..epal yang berada di tempat tinggi itu amat elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Begitu juga wanita yang solehah itu, hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan di dunia... tapi mungkin di akhirat nanti. Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tidak semestinya dipetik di taman dunia. Tapi lebih bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak.
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang besar dengan buah-buah epalnya yang kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti akan disambung
perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik. Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.
Posted at 9/15/2005 7:20:03 am by alin_nil
syukran
Monday, September 12, 2005
TAZKIRAH: Cara Aurat Wanita Didedahkan
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah
Posted at 9/12/2005 6:41:12 am by alin_nil
syukran
Thursday, September 01, 2005
TAZKIRAH: 10 Seksaan Untuk Wanita..
SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Wallahualam
Posted at 9/1/2005 8:45:00 am by alin_nil
syukran
Sunday, August 14, 2005
TAZKIRAH: Pesanan Buat Wanita
ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA
oleh ulama muktabar
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas
tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan...
Posted at 8/14/2005 9:28:19 am by alin_nil
syukran
Tuesday, August 09, 2005
ISU: Kita ada simpanan tak?
Ronda-ronda dalam alam maya tadi.. akhirnya jumpa juga dengan blog pakdi. Banyak juga bloggies lain dok cerita pasal penulis yang sorang ni..tu sebab aku beria2 cari. Lepas ni nak letak terus link, nanti senang aku nak gi jalan2 kat sana lagi :-)
Ni ada aku ambil artikel dari blog beliau. Isu yang aku paling suka baca tapi susah nak buat sebenarnya.
Kenapa dan dimana menyimpan?
Tujuan menyimpan adalah untuk membina kekuatan kewangan. Paling kurang, kita ada simpanan untuk keperluan untuk 3-6 bulan. Maksudnya, kalau purata belanja sebulan adalah RM 1500, maka kita perlu ada liquid money dalam sekitar RM 4500 - RM 9000.Maksudnya, kalau kita dibuang kerja, sakit, dan sebarang kemungkinan lainnnya, maka kita tahu kita boleh hidup untuk tempoh tersebut tanpa perlu menagih simpati ramai orang.
Seterusnya, kita perlu pandai menggunakan bank untuk kita jadi kaya. Sebab bank sebenarnya bukan menyimpan duit kita, tetapi sebenarnya dia menggunakan duit yang kita simpan untuk bank jadi kaya raya. Bank konvensioanal tidak ada konsep Qardhul Hassan yang membolehkan pelanggan bank mendapat pulangan yang lebih baik. Bank-bank Islam yang ada pun tidak berani lagi memperkenalkan konsep ini secara meluas kerana kesedaran orang Islam sendiri terhadap konsep Qardhul Hassan masih kurang.
Maka, untuk menyimpan 10% daripada pendapatan ini, kita perlu buka satu akaun bank yang paling sukar untuk kita keluarkan duit. Dalam erti kata yang lain adalah, buka akaun yang tidak menggunakan kad ATM. Kalau diperdaya juga oleh pegawai bank untuk gunakan ATM, kalian letak je kad ATM tu dalam kotak kasut lama. Kalau dah buat, maka jadikan ia satu tabiat sampai kita mati. Dapat gaji terus tolak paling kurang 10% untuk simpanan dan lebihnya, 90% buat belanja.

Apa faedahnya?
Setelah menyediakan keperluan reserve money, maka duit itu boleh digunakan untuk melabur. Katakan si eksekutif muda tadi bekerja selama 5 tahun dan gaji tak naik, maka dia akan menyimpan RM 200 untuk 60 bulan. Maka dia sudah ada dalam simpanan bank tanpa kad ATM sebanyak RM 12 000.
RM 12000 ini cukup untuk buat deposit rumah bernilai sekitar RM 120 000 mahupun mengintai peluang untuk terlibat dalam perniagaan francais, sebagai seorang francaisi. Justeru, kalau dia mula bekerja seawal umur 22 tahun, apabila umurnya 27 tahun, dia sudah mampu membeli rumahnya yang pertama ataupun sudah boleh terlibat selaku francaisi. Menarik bukan?
Maka mari menyimpan. Hanya simpan 10% sejurus dapat gaji, Bukan simpan slip hutang yang tinggal selepas belanja 120%.
Apa kalian fikir konsep menabung sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ini Rasulullah tidak pernah ajar? Apakah hadis ini kalian hanya diguna pakai dalam skop ibadah khusus sahaja: "Sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi istiqamah."
Wallahua'lam.
p/s: so, dah baca tu..kenalah amalkan. Siapa yg untung??? diri sendiri jugakkan?
Posted at 8/9/2005 5:29:46 am by alin_nil
syukran
Sunday, August 07, 2005
LIRIK NASYID:Month In Islam
Bismillahir Rahmaanir Raheem, These are the months in Islam~
Muharram, Safar, Rabi-ul-Awwal, Rabi-uth-Thaani
These are the months in Islam
Jumadul Ula, Jumadul Ukhrah, Rajab and Shabaan
Ramadaan, Ramadaan, Ramadaan then Shawaal
Dhul Qa'da and Dhul Hijjah
These are the months in Islam
(Above nasheed is sung by Zain Bhikha~)
p/s: Sempena kehadiran 1 Rejab bersamaan 6 Ogos 2005.. marilah kita mengingati bulan2 Islam yang lain.
Posted at 8/7/2005 9:39:39 am by alin_nil
syukran
Thursday, August 04, 2005
PENGALAMAN AKU: Pengalaman Bersalin
Erm.. hari ni aku nak bercerita tentang pengalaman pertama aku melahirkan puteri sulungku..(uiks, macam ramai je anak aku). Inilah tarikh keramat untuk anakku... 20 Mei 2005 tepat jam 11.45 am, maka lahirlah lagi seorang khalifah di muka bumi ini. Nama diberi Raudhatul Husna. Pada awal kandunganku, ramai yang kata baby boy, tapi telah termaktub di Luht Mahfuz yang anak sulungku adalah baby girl. Aku tak kisah pasal tu asalkan anak aku sihat dan sempurna.
Pada umur kandunganku mencecah usia 38 minggu..macam biasalah aku pergi cek di klinik O&G tempat aku bekerja ni. Selepas buat ujian ultrasound, doktor yang periksa aku suruh aku masuk wad hari tu jugak..(17/5/2005). Sebab katanya air ketuban @ amniotic fluid aku semakin sikit. So, nak induce. Punyalah seram bila aku dengar sebab org kata kalau dipaksa beranak dengan ubat ni memang sakit sangat. Nak tak nak.. akhirnya aku melangkahkan jua kaki aku ke dalam wad.. (cewah!syahdunya ayat..heheh)
Namun akhirnya... aku tak juga di 'induces' sebab kes 'induce' ni dah jadi 1 isu berbangkit di hospital ni. Ianya terpaksa diberhentikan bagi tidak menimbulkan masalah. Alhamdulillah.. lega betul aku bila dengar berita ni. Tapi.. nak tak nak.. aku terpaksa juga duduk kat wad sampailah aku bersalin. Punyalah boring kat wad.. mana taknyer.. semuanya patientnya berperut buncit termasuklah aku time tu.. heheh.
Jumaat..20 Mei 2005: Tepat jam 2 am.. sedang lena aku dibuai mimpi. Tetiba je rasa sakit yang amat sangat. Tapi tak lama..cuma dalam 30 saat dan akan berulang kembali selang 5 minit kemudian. Ianya berlanjutan sehinggalah pagi. Akak kat katil sebelah suruh aku bagitau nurse tentang sakit aku tu.. tapi aku senyum je. Sebab aku tengok nurse kat sini takkan layan patient hinggalah patient tu betul2 nak bersalin. Pukul 9 am.. macam biasa doktor2 akan round setiap katil. Masa tulah baru aku bagitau yang aku dah rasa sakit sangat. Tapi doktor still buat tak tahu je.. aku pun malas nak cakap banyak. Disuruh buat CTG sebab nak tengok contraction pada rahim. Hah! punyalah gelabah doktor and nurse kat situ sebab memang dah kerap contraction yang berlaku. Bila cek 'jalan'.. dah buka 6cm (paling banyak 10cm). Aku pun dihantar ke Labour Room. Nurse yang hantar aku tu sempat lagi berbual dgn aku.. katanya mudah sangat aku nak bersalin. Ermm.. mungkin berkat aku menghafal surah Maryam sebelum berkahwin lagi. Dan semasa mengandung ni.. memang aku tak tinggal membacanya.
Sampai kat Labour room dalam jam 10 am. Husband aku dan ready tunggu. Ermm.. tak sabar dia nak jadi abi..heheh. Mujurlah ada husband di sisi sepanjang proses kelahiran tu. Terasa ada sokongan dari segi mental membuatkan rasa takut aku untuk bersalin hilang. Dia juga banyak menenangkan aku dengan membaca ayat2 al-Quran hafalannya (Thanks honey.. i really appreciate u). Akhirnya.. jam 11.45 am....kendengaranlah suara bayi perempuan memecah kesunyian di bilik bersalin tu. Sejurus itu, terdengar alunan azan dilaungkan oleh suamiku. Raudhatul Husna nama diberi untuk bayi perempuan seberat 2.98kg.
Itulah zuriatku yang pertama. Dahiku dikucup lembut selepas itu oleh suamiku. "terima Kasih sayang.." Itulah ucapan yang diucapkannya kepadaku. Aku hanya mampu memberikan senyuman seikhlas mungkis.
..............................................
p/s: Pengalaman pertama bergelar ummi.. tak mungkin aku lupa...
Posted at 8/4/2005 9:47:19 am by alin_nil
syukran
|
|
|