BERITA: Miss Muslim/ Ratu Muslim « MeMoIr MuSaFiR
MeMoIr SeOrAnG MuSaFiR

alinmalek
Aku hanya seorang insan yang menumpang di bumi Tuhan.. musafirku pasti ada perhentiannya, namun di mana pengakhirannya?Tuhan.. bantulah hambaMu ini...



**"Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya.."
**

SUDAHKAH ANDA MENGERJAKAN SOLAT?
SENDRIK MAU INGAT MAA...


BiOdAtA DiRi



Nama Betul?:
Rahsialah...

Umur Berapa?:
25thn(masih muda lagi..heheh)

Status?:
Dah kawin dah...

Asal mana?:
Orang Batu Pahat,Johor

Suka Makan Apa?:
Apa2 saja...(yg penting halal tau!!).

Kerja apa?:
Juruteknologi Makmal Perubatan U29 di USM Kubang Kerian, Kelantan.

Cita2 Apa?:
Macam2 nak jadi cuma tak terfikir nak kerja mcm sekarang..:-)

Berapa Org. Anak?:
Dah 2 dah..

Apa Prinsip Hidup?:
Islam is my way of life





RuAnG iNtErAkSi

   

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


RuAnGaN hAdIs


Petikan Hadis Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnya:

"Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi."
(Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah)

"Apabila amanat dipersia-siakan maka tunggulah saat kebinasaan , tanya perawi hadis ini "Ya Rasulullah, bagaimana dipersia-siakan amanah itu? Jawab Baginda, apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya"
(Riwayat Bukhari)

Dua Petanda Buruk:
"Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu"

Dari Uthman bin Affan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Orang yang paling baik diantara kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
(Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain)

Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Orang yang membaca Al-Quran dan dia menghafal dalam membacanya, dia akan bersama para malaikat yang menjadi utusan, lagi mulia dan suci. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran tetapi merasakan kesulitan dan kepayahan dalam membacanya, dia akan mendapat dua pahala."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Dawud, ad-Darimi)

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran maka dia akan mendapat pahala satu amal kebajikan dan pahala satu amal kebajikan digandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
(Riwayat Tirmizi dan ad-Darimi)





BlOg KeNgKaWaN


Novel online
Ustaz Amal 1
Ustaz Amal 2
mijiemojo.blogspot
Naim USMKKj
teman
mardiana UIA
Salafian
irda82
aniisa_tasnim
onelife
sahabat_amin
ct fatimah saidin



My FaVoUrItE sItE


photobucket.com



wanitakini.net

pakdi.com


MeMoIr SeOrAnG MuSaFiR

Seorang musafir itu..
Masih mencari identitinya
Walau dalam kesamaran
Demi memperhambakan diri pada tuhan

Seorang Musafir itu..
Hidupnya penuh kepayahan
Namun..perjuangan tetap diteruskan
Penat.. Lelah..
Menjadi 'asam garam' kehidupannya

Seorang Musafir itu..
Ketakwaan menjadi prinsip
Walau badai datang melanda

Seorang Musafir itu
Hatinya tetap kukuh
Umpama sebuah benteng
Kerna dia percaya...
Kebahagiaan pasti hadir
Bagi mereka yang benar-benar bersabar

DAN...
Itulah jua janji tuhan
Pada setiap hambaNya
Yang beriman dan bersabar




**Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart.**

**To handle yourself, use your head.**

**To handle others, use your heart.**

**God Gives every bird it's food, but He does not throw it into its nest.**















JoM rElAkS

Lawak 1:Ayat yg paling baik.

Masa rehat disekolah.. dua murid lelaki sedang berbual berkaitan pelajaran Bahasa melayu...

"Mana ayat yang paling baik ? .. 'Arjuna, apa kabar?' atau 'Apa kabar, Arjuna?' " tanya murid pertama.

"Apa kabar, Arjuna?" kata murid kedua.

Murid pertama menjawab, "Kabar baik, Mohammad"


Lawak 2:Cerita Sedih

SUAMI : Kenapa sayang menangis?
ISTERI : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang...
SUAMI : Buku apa?
ISTERI : Buku bank abanglah....


Lawak 3:Cuti Sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah: Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu: Ya, saya.
Salmah: Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu: Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, January 23, 2006
BERITA: Miss Muslim/ Ratu Muslim

Tatarstan nobat Ratu Muslim

MOSCOW: Apabila disebut ratu cantik, pasti ramai terbayangkan liuk lentuk gadis berbaju mandi yang seksi, tetapi itu bukanlah ciri utama kemenangan ‘Miss Muslim’ atau Ratu Muslim di Tatarstan - sebuah negara di sebelah timur Eropah.
 

Sebaliknya, pertandingan ratu cantik itu menekankan kecerdikan, peri laku sopan, bertudung, pengetahuan agama Islam, kebolehan mengaji al-Quran, memasak dan menjahit di kalangan 56 peserta semuda 15 tahun yang menyaksikan Dilar Sadiqova (gambar), 17, muncul pemenang.

“Saya memutuskan menyertai pertandingan ini bagi menyampaikan pesanan wanita Islam juga mampu berdiri, biarpun di landasan pertandingan ratu cantik asalkan ia bermoral dan dihormati.

“Sehubungan itu, mereka yang bukan Islam boleh mendapat gambaran sebenar agama suci Islam ini,” kata pelajar sekolah menengah yang berhasrat menjadi guru, kepada media, selepas kemenangannya, kelmarin.

Lebih menarik, majlis itu diadakan di dewan khas Masjid Besar di Kazan, ibu negara Tatarstan dengan kesemua penontonnya adalah wanita.

Cendekiawan Muslim sebelum ini ada menggesa negara Islam menganjurkan pertandingan ‘Miss Morality’ bagi mematahkan minat umat Islam terhadap pertandingan ratu cantik ala Barat

Penganjur berkata, pertandingan itu tidak menetapkan pemakaian baju mandi seperti lazimnya, sebaliknya berpakaian sopan dan bertudung.

Malah, kecerdikan dan pengetahuan mendalam agama Islam adalah syarat utama pertandingan Ratu Cantik Muslim di Tatarstan yang mana 60 peratus daripada empat juta penduduknya, beragama Islam.

Ini termasuk ujian hafalan dan mengaji ayat suci al-Quran selain menjawab soalan mengenai kebudayaan.

Peserta turut menduduki ujian memasak dan menjahit bagi mendapatkan markah tambahan.

Hanya lapan gadis berusia 15 hingga 19 tahun berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan sukar itu.

Ketua juri, Saida Abukofa berkata, pertandingan itu bertujuan menggalakkan lebih ramai gadis Muslim mengikuti ajaran sebenar Islam, termasuk mengenakan tudung. – (Sumber: Berita Harian online)

hah..! kan bagus andainya Malaysia yang mengaku sebagai sebuah negara Islam buat pertandingan macam ni. Siap ada pertandingan memasak sekali.. bukannya sekadar menayangkan tubuh badan. Ini tidak.. seorang artis yg pernah dinobatkan sebagai ratu cantik tu pada suatu masa dulu hanya pandai masak mee maggie je.. isk..isk.. alahai...

Posted at 1/23/2006 4:55:09 am by alin_nil

azizaffa
May 8, 2006   09:31 AM PDT
 
alhamdulillah... barada amruna wa shalaha. Download your prize at...

i- Orang Yang Menghendaki Dunia Tidak Akan Memberi Nasihat Kepadamu [*Ini kamu faham] dan
.... **Orang Yang Menghendaki Akhirat Tidak Akan Menyertaimu
**Note:
Rasulullah Nabi Muhammad saw bersabda : "Wahai Ali apakah engkau menginginkan 600 ribu kambing, 600 ribu dinar atau 600 ribu kalimat ?
Lalu, Imam Ali as menjawab : “Wahai Rasulullah saw aku menginginkan 600 ribu kalimat.”
Lalu, Rasulullah saw bersabda : “Wahai Ali! Aku akan meringkas 600 ribu kalimat itu dalam enam kalimat.
1. Jika engkau melihat manusia berlomba-lomba mengerjakan yang bukan kewajiban mereka, maka sibukkanlah dirimu dengan menyempurnakan kewajibanmu.
2. Jika engkau melihat manusia berlomba-lomba dalam urusan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan urusan akhirat.
3. Apabila manusia sibuk mengurusi aib (cela) orang lain, maka uruslah aibmu sendiri. 4. Jika manusia saling memperindah dunianya, maka hiasilah akhiratmu.
5. Dan jika engkau melihat manusia sibuk dengan memperbanyak amal, maka beramallah yang ikhlas.
6. Dan ketika engkau melihat manusia menjadikan makhluk sebagai perantaranya, maka jadikanlah Allah sebagai perantaramu.”

ii- Hikmah Tidak Akan Berpengaruh Terhadap Kalbu Yang Merosak.
--> Rasulullah Nabi Muhammad saw, sabdanya: "Tiada seorang yang mengikhlaskan amal perbuatannya (semata-mata karena Allah) selama empat puluh hari, kecuali akan memancar sumber hikmah dari lisannya sebagai luapan dari apa yang terkandung dalam hatinya."

iii- Cuba kamu perhatikan 2 fakta ini apa kaitannya....?
*a) "Pada hari kiamat seorang hamba tidak akan bergeser kedua kakinya hingga ditanyai tentang empat perkara :
1. Tentang umurnya untuk apa dihabiskan.
2. Tentang masa mudanya dengan apa ia lalai.
3. Tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana diinfakkan.
4. Tentang kecintaannya kepada kami (Ahlul Bait)." (Rujuklah al-Qur'an tentang ayat yang bermaksud kecintaan terhadap keluarga Baginda. Ketahuilah, apakah kebenaran yang telah terjadi tentang keluarga Baginda jika kamu mahu menelaah sejarah hidup keluarganya setelah Baginda kembali menghadap Ilahi. Peristiwa Karbala terdapat hakikatnya. Tahukah kamu tentang mereka yang telah berlaku zalim kepada keluarga Baginda sehingga kesan dan akibatnya telah terlihat sehingga kini terhadap ISLAM. Tapi sesungguhnya, ISLAM tetap utuh kerana ALLAH azza wa jalla memeliharanya. Yang telah runtuh dan binasa adalah manusia yang telah lalai terhadap agama iaitu mengambil kulit dari isinya. ISLAM hanya dilidah sahaja. Yang dikatakan sebaik-baik agama itu adalah ISLAM. Bila ada yang menghina ISLAM tidaklah saya bimbangkan sebab itu umpama mereka menghina diri sendiri. ISLAM itu nikmat dari-NYA. Maka, bila menghina ISLAM sesungguhnya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri.)

"Setiap Orang Yang Telah Dewasa Pasti Ada Kaitannya Dengan al-Qur'an Yang Diturunkan ALLAH azza wa jalla."

*note: [Pesanan Rasulullah Nabi Muhammad saw]

*b) "Wahai Abu dzar! Raih dan manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara lainnya:
1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu.
2. Masa sehatmu sebelum sakit menimpamu.
3. Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu.
4. Masa senggangmu sebelum datang sibukmu.
5. Dan masa hidupmu sebelum maut merenggutmu.

SALAMUN; salam kasih sayang....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry